PANDUAN LENGKAP MENJADI REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN) DI MALAYSIA
Ketahui syarat, kos, pendapatan, dan proses pendaftaran bersama ejen hartanah.
JAWAPAN PANTAS: CARA JADI REN DI MALAYSIA?
6 Perkara yang kerap ditanya:
Syarat Kelayakan – berumur 18 tahun dan ke atas, memiliki SPM atau kelayakan setaraf, dan bukan seorang bankrap.
Kursus Wajib – Negotiator Certification (NCC) selama 2 hari, diikuti penilaian dalam talian yang wajib dilulus.
Kos Permulaan – yuran NCC biasanya sekitar RM500 sehingga RM700 bergantung penganjur, belum termasuk yuran pemprosesan LPPEH
Tempoh Proses – Sebulan hingga dua bulan. LPPEH memproses permohonan tag REN dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.
Struktur Pendapatan – Komisen sepenuhnya tanpa gaji pokok. Kadar maksimum jualan adalah 3% daripada harga jual, dibawah Jadual Ketujuh Akta 242.
Syarat Firma – REN mesti berdaftar dan bekerja dibawah firma ejen hartanah berlesen. Tidak boleh berniaga sendiri.