Macam mana nak semak status pembinaan rumah?
Minta wakil jualan rumahbaru4u.my berhubung dengan tuan/puan
Bila saya akan mula bayar penuh ansuran bulanan loan?
Ansuran penuh hanya bermula selepas rumah siap dan bank telah disburse 100% kepada pemaju. Sebelum tu, pembeli hanya bayar progressive interest.
Apa itu progressive interest?
Ini ialah faedah yang dikenakan oleh bank apabila sebahagian daripada pinjaman sudah dilepaskan kepada pemaju. Contoh: kalau bank baru keluarkan 30%, pembeli cuma bayar faedah atas 30% tu sahaja.
Kalau pemaju lambat siapkan rumah, apa jadi?
Jika rumah tak siap dalam tempoh yang dijanjikan dalam S&P (biasanya 24 atau 36 bulan), pembeli berhak tuntut pampasan LAD (Liquidated Ascertained Damages) – pampasan lewat serah milik rumah.
Boleh guna EPF Akaun 2 untuk rumah undercon?
Ya, boleh. Lepas S&P ditandatangani dan loan lulus, boleh mohon pengeluaran EPF Akaun 2 untuk bayar sebahagian daripada harga rumah atau kurangkan jumlah pinjaman.
Apa akan jadi kalau loan tak lulus?
Kalau loan tak lulus dari 2 bank (dan ada bukti penolakan), biasanya pemaju akan pulangkan booking fee. Tapi kalau loan tak lulus sebab komitmen tinggi, CTOS/CCRIS buruk, atau tak lengkap dokumen – risiko ada pada pembeli.
Apa itu DSR dan kenapa penting untuk lulus loan?
DSR (Debt Service Ratio) ialah nisbah hutang bulanan berbanding pendapatan bulanan. Bank guna DSR untuk nilai kemampuan pembeli bayar balik pinjaman. DSR ideal selalunya di bawah 70%, tapi ikut bank.
Booking Fee refundable ke?
Kebiasaannya TIDAK refundable, kecuali loan tak lulus dan ada surat penolakan rasmi dari 2 bank. Tapi terma ni bergantung kepada polisi pemaju – jadi pastikan tanya dahulu sebelum bayar.
Adakah saya kena bayar loan terus lepas sign S&P?
Tidak. Bayaran loan hanya bermula apabila bank mula buat bayaran kepada pemaju (progress billing). Biasanya bulan pertama masih grace period.
Apa itu ‘progress billing’?
Bank hanya bayar kepada pemaju bila projek capai tahap tertentu (contoh: siap bumbung, siap dinding, dll). Pembeli hanya mula bayar loan selepas bank mula buat bayaran.